Monday, 23 February 2015

SURAH AL KAHFI MENGELAK FITNAH DAJJAL


Assalamualaikum..
 
الحمد لله, syukur kepada Allah ,Kekasih Hatiku.
 
 صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat rindu buat Muhammad , Rasul ku.
الفاتحة sedekah untuk Ayahandaku Haji Hashim bin Jasman

 CARA MUDAH UNTUK HABISKAN SURAH AL-KAHFI
 
Split masa jadi 4 waktu iaitu:
 
1. Selepas Maghrib (Hari Khamis malam Jumaat), baca ayat 1 sampai 31.Ayat 32 tu dah masuk cerita lain.
2. Selepas Isya'... sambung ayat 32 smpai 59... Ayat 32 dah masuk cerita pasal dua lelaki dengan kebun tu. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir...
3. Selepas Subuh sambunglah lagi dari ayat 60 smpai 82. Tu dah masuk cerita pasal Nabi Musa dengan Nabi Khidir...
4. Sebelum solat Zuhur/ Jumaat bolehla  la habiskan ayat 83 sampai 110... tak de la byk sgt... Ayat 83 tu start dengan kisah Zulkarnain...
 
 
 
 
 

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL KAHFI

1. Dipancarkan cahaya pada dirinya di hari kiamat kelak, dari kaki hingga ke langit
 
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
"Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, disahihkan Al-Albani)

2. Diampuni dosanya antara dua Jumaat

مَنْ قَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ فِي يَوْمِ الْجُمْعَةِ سَطَعَ لَهُ نُوْرٌ مِنْ تَحْتِ قَدَمِهِ إِلَى عَنَانِ السَّمَاءَ يُضِيْءُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَغُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَ الْجُمْعَتَيْنِ
“Siapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit, akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua jumaat.” (Hadis riwayat Ibnu Umar dalam at-Targhib wa al- Tarhib)

3. Diselamatkan dari fitnah Dajjal Imam Muslim meriwayatkan dari hadis al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah saw bersabda,
“Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surah al-Kahfi.”

“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surah Al-Kahfi, maka ia dilindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim)

 
 
Buat pembaca-pembaca yang dihargai,
 
jazakumullah khairan khatiran kerana
 
sudi singgah dalam entry yang tak seberapa
 
 ini. Harap kita bertemu lagi di entry 
 
yang seterusnya. In shaa Allah.
 
Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment