Saturday, 21 March 2015

BERCINTA SELEPAS NIKAH

Kenapa tetiba shuha tulis entri ni.. Hoohemmgee.. Daku pon tak percaya.. Tapi percayalah..kah!!
Cuti sekolah kan baru habis.. Jadi kenduri kahwin sana sani kena attend.. Seronok dapat pekena nasi minyak kawan kawan...

Daku??
Heee.. Doakanlah untuk shuha ya... Mudah mudahan doa kalian akan menemukan shuha dengan jodoh yang Allah pilih buat shuha... Bukan yang shuha pilih... Ingat pesan moderator moderator masa shuha pergi seminar anjuran Ustaz Don , bulan November 2014... Pesan ustaz & ustazah " Bila Allah hadirkan jodoh untuk kita, dan jodoh itu mendapat redha Allah, awak tak akan sangka dan percaya bila perjalanan itu sangat mudah, sangat cepat dan dipermudahkan".....






Dan apa yang ustaz dan ustazah pesan tu memang Shuha percaya dan pegang kuat kuat lepas tengok sendiri perjalanan kisah beberapa kawan kawan Shuha ... Dulu masa time study , ada pernah jugak discuss dengan classmate pasal kes bercinta selepas nikah ni.. Haaa.. Dakulah orang paling berhujah sebagai pembangkang... Iyelah, mana nak cari yang betul betul jujur zaman sekarang ni... Kalau tak betul betul kenal mau binasa... Tp waktu tu berhujah dengan ilmu tak cukup di dada..😁😁😁...berhujah sebagai prngalaman anak muda mudi zaman sekarang.. Kah!! Sangatlah kan kat situ...


Apa yang mengubah persepsi Shuha tu?

Haa .. Nak tau apa dia? Kisah mereka ni yang buat Shuha mula tertarik dan slowly ubah my perception before...

Kisah Bercinta  Selepas Nikah 1
Irma Hasmie dan suami

Kisah diaorang memang semua dah sedia maklum... Pertemuan yang sangat singkat .. Pertemuan di  Rumah Allah, Makkatulmuqarramah semasa keduanya mengejakan umrah.. Dalam tempoh 14 hari mengerjakan umrah tu lah tempoh mereka berkenalan.. Seminggu selepas balik dari umrah, family Redza Syah Azmeer datang merisik Irma Hasmie.. Dalam tempoh sebulan mereka bertunang. 3 bulan kemudian terus mengikat tali pernikahan... Subhanallah...😭😭😭

Kisah Bercinta Selepas Nikah 2

Diana Amir dan suami

Kisah Bercinta Selepas Nikah 3
Yang ni kisah kawan Shuha.. Dah merangkap macam kakak .. Juga kawan business.. Kisah perkenalan dan penyatuan mereka pun sangat mudah..kawan Shuha ni baru pindah ke tempat kerja baru. Kebetulan waktu tu bulan puasa dan seterusnya hari raya.. Lalu si sahabat ni pun ajak lah semua kawan kawan kat tempat kerjanya datang open house dekat rumahnya..siapa sangka gurauan si bakal suami bercadang nak bawak parents datang berkunjung untuk hari raya sebenarnya adalah untuk merisik.. Selepas 3 atau 4 bulan.. Mereka berdua pun disatukan..Jodoh yang Allah redha.. Mudahkan..

Kisah Bercinta Selepas Nikah 4
Kisah cerita kawan sekolah masa kat Maahad Muar dulu.
"Perkenalan kami bermula Oktober 2013. Tak sampai sebulan dia terus masuk merisik dan kami bertunang sebulan kemudian. Berkat rezekiNya kami disatukan pada tarikh hari ini (21 Mac 2014) .

Kisah Bercinta Selepas Nikah 5

Sahabat dalam business. Baru melangsungkan perkahwinan baru ini ( Mac 2015). Katanya: " Tiada istilah bercinta sebelum nikah. Hati tertarik dengan bakal semua sebab keakraban si bakal suami dengan ahli keluarganya.

Kisah Bercinta Selepas Nikah

Semasa menghadiri Seminar Mahligai Cinta, Ustazah Nur laila ada bercerita kisah adik beliau. Semasa di Universiti, adik beliau sama juga dengan anak muda lain , seronok berkasih sayang. Nasihat Ustazah Nur laila pada adik beliau," tak payah fokus cinta sebelum nikah ni, sebab Allah memang akan bagi jodoh tu untuk kita dah". Tapi adik beliau menjawab:" dah ada orang nak kat kita, tak salahkan. Kalau ditolak, nanti tak laku". Dan akhirnya cinta muda mudi tu   di tengah jalan . Sehinggalah adik beliau mula nekad dan kuatkan hati: "yang memberi bahagia adalah Allah, bukan manusia". Adik beliau teruskan pengajian sehingga mendapat keputusan yang sangat sangat cemerlang dan  habis pengajian terus mendapat tawaran bekerja dengan syarikat perbankan terkemuka negara. Nak dijadikan cerita, adik beliau ni bercuti di rumah adik Ustazah nombor 2. Dan semasa bercuti di situ, adalah seorang sahabat kepada adik ustazah no 2 ni datang.Entah macam mana, si kawan ni pun berkenan dengan si adik perempuan. Terus minta izin dengan si abang untuk berkenalan. Jawapan adik ustazah yang diminati itu" usaha sendiri". Dah usaha dan berkenalan, dalam tempoh 6 bulan, mereka berkenalan, bertunang dan akhirnya disatukan.. "Sangat mudah " .Kata Ustazah.

Serba sedikit ilmu yang nak shuha share sepeanjang  Seminar Mahligai Cinta tu, penceramah nya adalah:
Ustaz Noor Hisyam, beliau ada  bercerita mengenai satu kisah di mana beliau telah ditanya oleh seorang hamba Allah. Orang itu mengadu antara dia dan isterinya dah tiada apa apa perasaan langsung. Ustaz Noor Hisyam kaji dari solat dan amalan amalan wajib lain.Semua diamalkan dalam keluarga ini. Setelah dikaji dan diselidik, barulah Ustaz noor Hisyam dapat tahu bahawa sahabat ini dan isterinya bercinta sebelum nikah hampir 10 tahun. 
Kesimpulan yang Ustaz sampaikan, kalau bercinta 8-10 tahun pun belum tentu dia jodoh kita. Tapi ada jugak yang berkawan lama macam tu pun akhirnya nikah jugak. Betul ustaz kata. Tapi kita boleh jamin ke sepanjang tempoh tu, tiada dosa dosa dan batasan agama yang kita langgar. Takut takut kesan nya mempengaruhi perkembangan keluarga kita terutama perkambangan anak anak. Takut kesan kesan dosa yang kita buat tu effect pada anak anak.

Lagi tazkirah dari Ustaz Badlisyah :
Kajian dah dibuat pun. 60% manusia ni hidup semasa bercinta ni penuh dengan pura pura. Jadi, jangan la terkejut bila selepas kahwin, semua sikap pasangan tak seindah yang disangka. Lebih baik kenal lepas kahwin. Buruk buruk pun dah jadi pasangan kita. Part Ustaz Bad ni memang lawak..

Slot dari Ustaz Don dan Ustazah Isfadiah:
"Tolong cari pasangan yang jaga solat. Yang perempuan, galakkan suami dan anak lelaki pergi solat jemaah di masjid atau surau. Ganjaran sangat sangat besar kalau solat berjemaah di masjid atau surau.   Mereka akan bawa  keberkatan berjemaah itu keseluruh ahli keluarganya. Itu adalah jalan untuk keluarga bahagia dan diberkati.

Pesanan Ustazah Isfadiah :

5 PERKARA KAUM HAWA KAMU  PERLU  LIHAT DAN KAJI KEPADA CALON SUAMI 

1-Lihat hubungannya dengan Allah - Kerana itu menggambarkan bagaimana dia akan mengemudi seluruh ahli keluarga ke Jalan Jannah

2-Lihat hubungannya dengan ibunya-Kerana itu menggambarkan bagaimana dia akan melayan dan menjaga kamu

3-Lihat hubungannya dengan bapanya- Kerana itu menggambarkan cara pergaulan dengan orang yang lebih tua dan berusia

4-Lihat hubungannya dengan adik beradiknya -Kerana itu menggambarkan pergaulan social dan rutin hariannya

5-Lihat hubungannya dengan kanak-kanak - Kerana itu menggambarkan bagaimana dia melayan anak anaknya kelak

5 Perkara yang buat shuha fikir waktu tu jugak...Bersyukur sangat sangat  dengan Perancangn ALLAH..ONLY ALLAH KNOWS THE BEST FOR YOU

ALHAMDULILLAH -ALHAMDULILLAH-ALHAMDULILLAH

Profesor Dr Muhaya pesan:




 http://www.pikodot.com/tidak-happy-dengan-suami-apa-perlu-buat/


1- Berkahwinlah kerana Allah.Bila Allah sayang kita, semua makhluk akan sayang kita

2- Lelaki yang tak bernikah dengan anak gadis, tapi flirt anak gadis orang, untuk suka suka,JAGA JAGA DENGAN SESIAPA YANG FLIRT DENGAN ANAK GADIS KAMU NANTI. (What goes around comes around. Hukum karma).

3-Jadi yang terbaik di sisi ALLAH, barulah ALLAH akan hadirkan yang terbaik untuk kita.(Muhasabah diri untuk diri kerdil ini)

MUDAH-MUDAHAN ALLAH MEMPERKENANKAN DAN MEMAKBULKAN DOA USTAZ USTAZ DAN USTAZAH USTAZAH DAN SEMUA YANG HADIR PADA SEMINAR , MENEMUKAN SHUHA DENGAN JODOH YANG TERBAIK DI SISI ALLAH.

AMIN.AMIN.AMIN

http://www.addeen.my/index.php/home/terkini/item/849-musim-cinta-sudah-berlalu

Bila pergi seminar ni, baru tahu, rupanya dah lama Shuha tak dengar ceramah-ceramah/tazkirah/. Sedih. Shuha Pernah dengar ilmuwan cakap , kalau kita tak dengar , tak follow hal hal agama, takut gelap hati nanti. Tak susah pun. Tak dapat datang, boleh tengok tv, online pun boleh. From that time, shuha akan luangkan setiap hari at least ada pengisian rohani yang shuha wajib belajar. online kan ada. nak seribu daya, taknak macam macam alasan dengar. Dan Alhamdulillah, facebook shuha dah kurang kisah kisah gossip , meroyan , cerita cerita negative. Sorry to say, I have to delete you from my wall.
 
 
 
P/S : Next entry kita cite trip to Kelantan vs Nasi Ulam Cikgu....hohoiiii...sedap bangett...



2 comments:

  1. Tettttt. Insya Allah our jodoh is out there. Maybe masih kat uni. Hehe. Kawan gurau jah.

    Baya

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAYA...ko follow gak cerita haku ini..kikikikiki...

      Delete