Tuesday, 8 December 2015

TEMPAT MENARIK DI PENANG

Hujung Ogos 2015, Shuha dapat bawak mak dan abang Shuha ke Pulau Pinang. Tujuan asal nak ke Pulau Pinang disebabkan emak dapat jemputan kahwin dari jiran sebelah rumah dekat Johor . Adik kepada jiran tu menjemput omak den dan kami sekeluarga ke majlis tersebut. Sebab arwah abah dengan omak den memang rapat dengan family dia orang dekat Penang. Peramah betul parent  den ni tau. Tapi saka peramah tu tak pulak turun kat den ni ha...kikikiki...

Ok. Dah alang alang turung Penang nak makan nasi minyak, mohla kita ke Penang tu makan Nasi Kandar, Pesembur, Mee Udang, Jeruk Pak Ali. Sebelum pergi bercuti dekat Pulau Pinang, Shuha dah siap siap list out kan TEMPAT MAKAN MENARIK DI PULAU PINANG beserta TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG yang nak Shuha ceroboh nanti. At last, pada hari kejadian, kertas list tu tertinggal dekat office. Lepas tu, bos den pulak yang jumpa . Sungguh tertarik beliau dengan hasil kajian den tu. Sebab senang katanya nak refer kalau dia ke Penang pulak..Cehhhh..

Sampai Pulau Pinang, Omak dengan abang den pun terpaksa la ikut style backpacker den kan. Kesian meh dekat dia orang. Ku hurung dia orang ke sana sini menceroboh tempat tempat menarik bukan setakat kat Pulau Pinang, tapi sampai Padang Besar. TAUBAT DAH!! Penat yang hamat ku rasakan. Padan muko ekau SHUHA HASHIM...Tapi lagi kesian kat omak.Penat dia. mintak ampun ya mak. Tapi bila lagi nak sampai kan Padang Besar kan mak..kikiki

Datang kenduri kahwin nya sekejap je, tapi kalau 3 hari 2 malam tu memang tak cukup la keliling satu Pulau Pinang. Banyak sangat menu makanan yang best dekat Pulau Pinang. Lepas tu pulak satu hari dah spend time dekat Padang Besar. Memang ku akan turun lagi sekali ke Penang ye , nak khatamkan apa yang patut. Betul la pepatah cakap; Jauh Perjalanan Luas Pengalaman. Memang banyak yang kita akan belajar dan dapat dari segi budaya/ adat / makan  setiap tempat yang kita lawati tu. Pengalaman yang paling best dan kedua jatuh of course la tekak dan perut.  Sambil sambil la jugak JALAN JALAN CARI MAKAN.
DAH, jom Shuha cerita pasal TEMPAT MENARIK DI PENANG DAN TEMPAT MAKAN MENARIK DI PULAU PINANG.


TEMPAT MAKAN MENARIK DI PULAU PINANG


Nasi Kandar Line Clear 
Jalan Penang, Georgetown
Lokasi kedai dekat celah celah lorong je. Tapi penangan dia khaw phiaw la. Tahap kebersihan masih diragui.. hihihi. Pengalaman kan.


Nasi Kandar Beratur
Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown
Ayam Ros nya memang terbaik. Start operasi pukul 10 malam. Memang nak suruh orang gemuk tau. Tapi kemahinsss ramai yang beratur tu..ermmm


Mee Udang Sungai  Dua
Terletak Di Sungai Dua, memang terbaik nak cuba Mee Udang terbaik.


Mid Gulai Kawah Batang Pisang
Kedai makan ni terletak di Sungai Dua. Memang banyak sangat pilihan lauk pauk bila waktu tengah hari


Mee Goreng Sotong
Nak pi minum petang, shuha cadangkan mai pekena Mee Goreng Sotong dekat Padang Kota Lama. Fuhh, memang terbaik Mee Goreng Sotong dia


Pasembur Persiaran Gurney
Pada pendapat Shuha, Pasembur di Persiaran Gurney memang tersedap di Pulau Pinang. Jadi Jangan lupa singgah ye.



Jeruk Madu Pak Ali
Yang ni jangan di lupa. Bukti dah sampai Pulau Pinang. Wajib la ada Ole Ole dari Pak Ali.

OK. MALAM SUDAH LARUT.CEWAH..DAKU PUN SUDAH KEHABISAN BATERI. MUDAH MUDAHAN ENTRI BLOG SHUHA HASHIM YANG TIDAK SEBERAPA NI MEMBANTU KAWAN KAWAN YANG NAK BERCUTI KE PULAU PINANG.
P/S: Nanti bagitau la nak ke Pulau Pinang. Boleh ceq kirim ..hihihi




No comments:

Post a Comment